Program DIA (Duc In Altum)
Terima kasih Tuhan kerana pada hari ini berkat cinta kasih-Mu, saya sangat bersukacita. Saya sangat bersyukur sebab dapat mengikuti Program DIA sepanjang 3 hari ini. Terlalu banyak input baru dan perkara yang saya baru ketahui melalui program ini. Terima kasih juga Tuhan sebab membuka pintu hati saya untuk mengikuti program ini. Sesungguhnya, saya sangat bertuah kerana program ini membantu saya untuk mendekatkan diri kepada-Mu. Selama ini, saya merasakan diri saya sudah terlalu jauh dan saya tahu Tuhanlah yang merencanakan segalanya. Terima kasih Tuhan kerana melalui program saya dapat kembali kepada-Mu walaupun secara perlahan-lahan. Dan semoga saya akan semakin mendalami cinta kasih-Mu dan dapat melayani sesama umat.
Terima kasih sekali lagi Tuhan. Amin.
No comments:
Post a Comment